HATI-HATI JIKA ADA AKAUN BANK ISLAM!!

loading...
HATI-HATI JIKA ADA AKAUN BANK ISLAM!!
.
Aku nak kongsi dengan korang apa yang jadi kat bapak aku. Bapak aku ni jenis susah nak berurusan dengan bank, bagi dia agak leceh nk kena buat itu ini bila berurusan. Maklum la orang tua kan, lebih suka simpan cash je.
.

Tahun lepas tahun 2015 mak aku pujuk la bapak aku supaya bukak akaun bank untuk simpan duit katanya lebih selamat daripada simpan cash kat umah. Jadi, bapak aku pun setuju la. Mak aku ajak la bapak aku g bukak akaun kt BANK ISLAM Cawangan KOTA BHARU. Ayah aku just ikut je selebihnya mak aku yang tolong uruskan semuanya. Nak bukak akaun kan kena ada pemegang akaun tu sendiri.
.
So bukak la 1 akaun BANK ISLAM untuk bapak aku dan masa bukak akaun tu mak aku masukkan duit sebanyak RM6,100. Duit ni bapak aku kumpul2 untuk renovate rumah nanti. Bila dah settle2 semua, akaun tu dibiarkan mcm tu je la sebab memang belom masa nak guna duit tu lagi. Selepas 1 tahun 4 bulan berlalu, mak aku pun pergi la bank nak withdraw duit supaya akaun tu aktif sebab selepas buka memang langsung xbuat apa2 transaksi.
.
Pada 4/10/2016 mak aku withdraw RM1,000 dan alangkah terkejutnya bila tengok baki duit hanya tinggal RM698 je!! Jadi mak ayah aku pun pelik la macam mane duit sebanyak RM4,600 boleh hilang daripada akaun sedangkan xpernah keluarkan duit sebelum ni.
.
Kemudian, mak aku pun pergi la ke BANK ISLAM tempat bukak akaun untuk tanya tentang kehilangan duit ni. Bila mak aku buat aduan kat pegawai bank tentang masalah ni, pegawai bank bagitahu jika ingin tahu perlu cetak details transaksi & perlu ada pemegang akaun. Time tu mak aku pegi dengan adik aku je sebab kebetulan adik aku balik kg, so mak aku suruh adik aku balik ambil bapak aku bawak pegi bank.
.
Bila dah cetak detail transaksi, didapati terdapat 4 transaksi pengeluaran wang yang bukan mak bapak aku buat. Kalau korang perhatikan gambar transaksi yang aku upload tu, pada 3/12/2015 transaksi withdraw sebanyak RM100 dibuat mungkin untuk test samada berjaya atau tidak. Selang 10 hari kemudian bila diketahui line clear, pada 13/12/2016 transaksi withdraw sebanyak RM1,500 dibuat, dan disusuli pada keesokkan harinya pada 14/12/2016 transaksi withdraw sebanyak RM1,500 & transaksi terakhir pada 23/12/2016 lagi sekali transaksi withdraw sebanyak RM1,500 di buat.
.
Pegawai bank tu siap bagitahu mak aku lokasi mana transaksi duit keluar itu dibuat dan pegawai tu bagi alasan dengan menyatakan "mungkin ada anak makcik yang keluarkan". Mak bapak aku pun balik macam tu jer la, maklum la orang tua bukan tahu nak buat apa bila terjadi situasi macam ni selain redha jer.
.
Tapi mak aku masih tertanya2, siapa nk keluarkan sebab kad bank tu mak aku yang simpan & no pin pun mak aku je yang tahu. Adik-beradik aku pulak semua dok jauh2. Sepatutnya time tu pegawai bank tu perlu la buat 1 report untuk siasatan tapi sebaliknya pegawai tu memberikan alasan seolah2 mahu mengelak daripada membuat report berkenaan kehilangan duit yang berlaku pada akaun bapak aku.
.
Mak aku pulak baru bagitahu aku bila balik kg. Aku cuba la ajak bapak aku pegi bank tapi macam biasa la bapak aku bukannya mahu 2 3 kali ulang alik utk hal yang sama. Bapak aku cakap anggap jer la dah xde rezeki.
.
Jadi tujuan aku taip panjang lebar kat sini untuk pesan kat korang yang mana ada akaun bank TERUATAMANYA BANK ISLAM! rajin2 la periksa baki akaun, sentiasa menyemak transaksi akaun untuk pastikan yang duit korang tak lesap tanpa pengetahuan korang. Lebih2 lagi kalau akaun mak ayah korang, tolong pesan kat mak ayah korang, diorang bukan tahu apa tindakan lanjut yang perlu dibuat jika berlaku hal2 yang macam ni.
.
Kalau kita fikir la kan, macam mane kalau perkara ni berlaku kepada orang2 yang susah, duit disimpan dalam bank dengan harapan duit diorang lebih selamat kt bank alih2 duit lesap macam tu je tanpa disedari. Hmmmm...
.
P/s : aku kepilkan cetakkan transaksi bank sebagai bukti, bukan kata aku saja2 nk reka cerita untuk burukkan Institusi perbankan BANK ISLAM!
.
P/s/s : Kotak merah aku tandakan tu adalah transaksi duit keluar daripada makluk yang tidak diketahui, yang garisan oren tu je transaksi mak aku buat.
.
DIPERSILAKAN SHARE JIKA KORANG RASA PERINGATAN NI BOLEH MEMBANTU ORANG LAIN AGAR LEBIH ALERT & BERWASPADA.
.
Via Rusydi Alias


loading...

0 Response to "HATI-HATI JIKA ADA AKAUN BANK ISLAM!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close