Ingin menjadi traveler atau pon sekadar melancong?Jom jadikan cerita mereka sebagai inspirasi

loading...
Tahun 2016 baru saja melabuhkan tirainya. Dan kini kita sudah pun berada di tahun baru 2017. Sebelum saya meneruskan artikel ini, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru buat anda pembaca Vocket.
Berikut adalah impian travel yang telah berjaya direalisasikan oleh para traveler Malaysia. Susunan adalah secara rawak dan tidak menggambarkan ranking.
Pensyarah di Universiti Malaya ini merupakan seorang yang gemar mendaki gunung. Namun bagi tahun 2016, beliau berjaya merealisasikan impian untuk menjadi gogo dan membawa pasukan beliau menawan Gunung Kerinci, Gunung Merapi dan Gunung Danau Tujoh di Padang, Indonesia.
Sebaik tamat pengajian PhD di Finland, Azmira Amran yang juga merupakan penulis buku ‘Bukan Salah Cikgu’ ini akhirnya berkesempatan memenuhi impian beliau iaitu hitchhike secara solo di Finland.
Selain daripada itu beliau juga berpeluang belajar cara pertanian organik sewaktu singgah di Republik Czech sebelum kembali ke Malaysia. Yang menariknya, kesemua ini dilakukan di bulan Ramadhan pada tahun 2016.
I DID IT EVENTUALLY. MAYBE I’M THE FIRST MALAYSIAN TO BE HERE.
Pemuda ini bercita-cita ingin meneroka lokasi yang tidak diceritakan di dalam buku Lonely Planet. Dan impian ini telah berjaya direalisasikan sewaktu beliau travel solo ke Indo-China, seterusnya berjaya meneroka ‘dinasour backbone’ di Ta Xua di wilayah Son La, Vietnam.
Ujar Sharifuddin, banyak kenangan pahit yang telah beliau tempuhi demi memenuhi impian ini. Antaranya sesat jalan, perlu berhadapan dengan scammer dan terpaksa tumpang tidur di kedai runcit di tepi jalan sebelum sampai ke desitinasi ini.
SAYA JUGA MENULIS SURAT KEPADA PIHAK TABUNG HAJI UNTUK MENGIKUTI PAKEJ MUASSASAH BERSUBSIDI. DITAMBAH SIMPANA SAYA JUGA SUDAH CUKUP.
Bagi pemuda ini, impian beliau sejak kecil adalah untuk menunaikan haji di usia muda. Jika mengikut kiraan daripada tarikh beliau mendaftar di Tabung Haji pada tahun 2014, giliran Meor menunaikan haji adalah pada usia 85 tahun.
Namun siapa sangka, impian beliau dapat dilaksanakan pada tahun 2016, ketika berusia 26 tahun. Meor telah memenangi cabutan bertuah Visa Haji (visa sahaja) yang diberikan oleh pihak kedutaan Saudi.
 Namun pihak Tabung Haji beritahu, mereka tidak boleh menjamin sama ada permohonon saya lulus atau tidak kerana bergantung kepada kekosongan.
2 hari sebelum penerbangan akhir Tabung Haji, permohonan beliau diterima dan ia sebenarnya sudah pun di saat-saat akhir untuk penerbangan KT tambahan. Maka tercapailah hasrat Meor untuk mengerjakan Haji di usia muda.
Meor juga turut berpesan, jika anda berimpian untuk tunaikan haji di usia muda, daftarlah di Tabung Haji dan bekukan simpanan anda untuk giliran terlebih dahulu. Meskipun giliran anda masih jauh, jika sudah rezeki insya Allah pasti jalannya dipermudahkan.
SESUNGGUHNYA BANYAK PENGALAMAN YANG SAYA DAPAT DAN PASTINYA TAK AKAN SAYA LUPA PERASAAN KETIKA DI SANA.
Impian pemuda ini untuk melihat negara luar tercapai buat pertama kalinya pada tahun 2013, iaitu ke Laos. Lawatan singkat ini telah membuka mata beliau kepada dunia luar, sekaligus menjadikan beliau seorang yang lebih bersyukur dengan hidup.
Dan sejak itu beliau berazam untuk travel ke negara-negara Eropah. Sebagai seorang yang masih belajar di PPUKM, beliau perlu menabung bagi memenuhi impian ini yang berjaya dilaksanakan pada tahun 2016.
Negara yang telah berjaya dilawati oleh pemuda ini adalah Belgium, Peranchis dan Netherland.
Percaya lah travel is fun. By travelling, no stress, no pressure, no sad, no headache. Everything just joy. And there you will know how great Allah created the earth for us.
Rasa gerun pun ada juga bila dengar bunyi letusan bagaikan bom yang meledak dan saya mula terbayang, kalaulah saya terjatuh dalam tu memang masak lah!
Impian gadis ini ingin melihat kawah gunung berapi yang masih berasap akhirnya terlaksana pada tahun 2016 apabila berpeluang berkunjung ke Gunung Bromo, Indonesia.
Menurut gadis ini, perasaan beliau bercampur gaul antara kagum, teruja dan insaf di saat melihat kawah gunung berapi mengeluarkan asap berkepul-kepul di depan mata.
Bertuah betul rasa. Setelah 2 tahun merancang (sejak tahun 2014) nak ke Jigokudani Monkey Park, Nagano, Jepun akhirnya jejak juga tahun ni.
Menurut gadis ini, kunjungan ke sini umpama hadiah bagi harijadi beliau yang jatuh pada 14 Disember baru-baru ini. Nampak tak monyet-monyet yang sedang berendam dalam kolam panas tu? Itulah impian beliau, lihat monyet mandi. Happy belated birthday Nur!
Sejarah yang diceritakan di dalam buku teks sewaktu di sekolah telah meninggalkan pertanyaan dan keinginan yang kuat di hati doktor muda ini. Sejak itu beliau berazam untuk melihat dengan mata sendiri perkampungan Melayu di Cape Town, Afrika Selatan.
Alhamdullilah diberi kesempatan untuk berjumpa dengan kaum kerabat yang jauh di mata tetapi segar di hati. Sayu dan gembira bercampur baur apabila bertentang mata. Ya, masih ada bangsa serumpun di benua Afrika.
Impian ini berjaya beliau laksanakan pada tahun lepas. Selain daripada itu, beliau juga sempat hiking di Table Mountain of the World yang pernah dinobatkan sebagai salah satu daripada keajaiban baru dunia.
Melihat ayah beliau travel ke beberapa lokasi di luar negara sewaktu kecil menjadikan wanita ini berazam untuk lakukan perkara serupa.
Dan bagi tahun 2016 wanita ini berjaya sampai ke tempat-tempat yang pernah dijejaki oleh arway ayah beliau iaitu Trans Java dengan menaiki keretapi,trvel ke Koh Lipe, diving di Pulau Payar dan ke Perth, Australia.
Syukur sudah 10 bulan menjadi traveler tegar dan belajar macam-macam pengalaman. Hitchhiking juga menjadi impian dan sudah tercapai. Travel slowly and go futher.
Impian anak muda ini ingin berhenti kerja dan mengembara. Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk diambil tapi akhirnya diteruskan juga.
Pada tahun 2016, beliau telah travel ke Korea, Jepun dan terkini sedang berada di Thailand. Antara yang dilakukan oleh pemuda ini adalah hitchhiking di Jepun dan melakukan kerja-kerja sambilan sewaktu di Korea.
Impian saya adalah travel sejauh mana yang mampu dengan basikal merah! Alhamdulillah 2016 berbasikal di South Island, New Zealand dan kemudian berbasikal di Pamir Highway yang merupakan roof top of the world.
Mahu hanya dikenali sebagai Violet Biru, gadis ini pernah menghabiskan 3 bulan berbasikal secara solo di New Zealand pada tahun 2016. Terkini beliau sedang berada di Iran selepas memulakan kayuhan di China sejak beberapa bulan lepas, juga secara solo.
Baca pengalaman Violet Biru sewaktu Berkayuh Basikal Hampir 3 Bulan Di New Zealand
Impian yang disimpan sejak tahun 2005 iaitu ingin travel ke USA akhirnya dapat dilaksanakan oleh wanita ini pada tahun 2016.
Pernah satu ketika dulu, di saat rakan-rakan pulang bercuti di tanah air pada cuti musim panas, wanita ini yang sedang belajar di Melbourne pada tahun 2005 sibuk bekerja mengumpul wang agar dapat travel ke USA.
Malangnya visa tidak diluluskan ketika saya memohon di Konsulat Amerika di Melbourne. Sangat kecewa! Alhamdulillah pada tahun 2016 salah satu impian saya tercapai. Bukan pergi seorang tetapi berempat – saya, suami dan 2 orang anak kami.
Trip kali ini lebih bermakna kerana beliau dapat travel selama sebulan di USA bersama keluarga, memandu melalui 26 negeri di Amerika Syarikat dan 2 bandar di Mexico dengan jarak sejauh 12,100 kilometer.
TRAVEL SOLO ITU TERUS MEMBERI SEMANGAT BARU UNTUK SAYA SENTIASA KELUAR DARI ZON SELESA DAN DALAM JANGKA MASA 6 BULAN, SAYA TELAH BERJAYA MENJEJAK KE 6 BUAH NEGARA.
Bermula dengan mengasingkan duit bernilai RM5 untuk tabung travel, pemuda ini berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam masa 15 bulan. Namun kemudiannya simpanan itu beliau berikan kepada adik yang berjaya melanjut pelajaran ke USA. Itulah pengorbanan seorang abang buat adiknya.
Namun ini tidak mematahkan semangat pemuda yang lebih gemar dipanggil Sap ini untuk travel dan melihat dunia luar.
Saya bangkit dengan simpanan baru dan berazam untuk travel solo pada kos yang rendah kerana saya tahu bukan semua mampu travel mewah ke negara orang. Alhamdulillah Jun 2016 saya berjaya merentas 3 negara dalam masa 16 hari berbekalkan RM1500, juga merasai pengalaman berpuasa di perantauan.
SAYA DAH BUKTIKAN PADA ABANG DAN AYAH BAHAWA IMPIAN YANG SATU MASA DULU TERASA MUSTAHIL AKHIRNYA DAH JADI KENYATAAN.
Merupakan seorang kaki bola sejak kecil kerana pengaruh abang dan ayah beliau, Bella pernah menyimpan impian untuk menonton perlawanan secara langsung perlawanan Premier Legue.
Masa berumur 8 tahun saya selalu cakap kat ayah dan abang, saya nak pergi UK dan menonton bola secara live. Nak rasa macam mana perasaannya bila berada di dalam stadium, tengok orang bersorak live.
Alhamdulillah pada umur 27 tahun tuhan tunaikan impian saya untuk tonton secara live pasukan kegemaran saya Arsenal di Premier League. Saya akan ingat sampai bila-bila momen indah di saat saya berjaya laksanakan impian ini.
NAK TRAVEL PENUH SETAHUN KE 2 TAHUN TAK BOLEH SEBAB MASIH BANYAK KOMITMEN YANG PERLU SAYA SELESAIKAN.
Dihantar belajar ke Acheh selama sebulan pada usia 15 tahun telah memberi satu perasaan berbeza buat pemuda ini. Sewaktu di sana beliau melihat perbezaan cara hidup, adat dan budaya penduduk Acheh meskipun mereka bertutur dalam bahasa yang hampir sama dengan kita di Malaysia.
Sejak itu Arif menyimpan impian untuk mengembara ke negara luar paling kurang sekali setahun. Dan bagi setiap trip beliau berazam untuk travel selama 2 bulan.  Di tahun 2016, Arif berjaya travel ke Jepun dan meluangkan masa selama 2 bulan di sana.
Apa yang dicari oleh saya ialah ‘alasan’ untuk terus tidak angkuh apabila memijak dan memandang langit ciptaan Tuhan.
Pengembaraan redah tanpa perancangan lengkap pemuda ini di Laluan Sutera yang merangkumi China, Pakistan dan India selama 3 bulan pada tahu 2016 telah banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup.
Sewaktu pengembaraan ini juga beliau berpeluang mengenali penduduk tempatan di negara yang dilawati termasuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri di perantauan.
Untuk pengetahun Zikri kini sedang menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria anjuran MyCorps di Lubnan.
16. Li
SAYA TAK SANGKA DAPAT KERJA TETAP, BELI RUMAH SENDIRI, DAPAT TRAVEL DAN BUAT BENDA-BENDA MENARIK YANG RASA MACAM MUSTAHIL SAYA NAK BUAT DULU.
Mahu hanya dikenali sebagai Li, pemuda yang meminta agar nama beliau dirahsiakan ini memaklumkan impian untuk membawa kedua ibubapa ke Mekah sudah lama tersemat di hati dan ia berjaya dilaksanakan pada tahun 2016.
Memang lepas habis sekolah bila mula kerja walaupun saya tak nampak jelas lagi apa saya nak jadi, tapi saya ada satu impian iaitu nak hantar orang tua saya ke tanah suci.
Malahan Li percaya, kerana impian beliau yang satu inilah segala perkara dan impian lain yang beliau ingin lakukan dapat dilaksanakan meskipun pada awalnya kelihatan seperti mustahil.
Sekarang ni bila tengok budak-budak baru habis sekolah pun banyak yang ada impian nak hantar orang tua ke tanah suci walaupun nampak diorang macam tak tentu kira lagi hidupnya – budak raver, mat rempit, ada yang pakai seksi. Saya harap dia orang kekal dengan impian tu.
Sebab macam saya dulu, impian murni itu insyaAllah akan membuka pintu rezeki kepada peluang-peluang yang lain. Tak sia-sia berbakti kepada ibu bapa sendiri.
Setakat ni saya dah bawa mak ayah travel di Guangzhou, Shenzen, HongKong dan Singapura. Seronok tengok mak ayah teruja masa pertama kali mereka naik kapal terbang.
Impian gadis ini sejak sekian lama adalah untuk membawa kedua ibubapa beliau travel bersama. Namun disebabkan masih belajar, impian ini hanya dapat direalisasikan pada tahun 2016, lebih tepat 4 bulan selepas beliau menamatkan pengajian.
Menurut Effa, beliau berjaya mengumpul wang daripada keuntungan perniagaan atas talian yang dijalankan. Trip bersama kedua orang tua beliau ini dirancang dan dilakukan sendiri dengan cara backpacker.
Impian lelaki ini sejak beliau berumur 17 tahun adalah ingin menjelajah dunia melalui samudera. Dan impian ini berjaya dilaksanakan apabila beliau berpeluang bekerja sebagai jurutera kapal dagang  atau dikenali sebagai Marine Engineer.
Melalui pekerjaan ini, Iqbbar telah berjaya menjejakkan kaki ke perairan California, Dubai, China, Taiwan dan negara-negara Asia pada tahun 2016.
Siapa sangka, dengan hanya melihat gambar pengembaraan orang lain mampu membuat gadis ini menyimpan impian untuk turut ke lokasi yang sama?
Itulah yang telah dilakukan oleh Nadia yang telah terinspirasi selepas melihat gambar-gambar pengembaraan di Ladakh, India yang dikongsikan oleh Imran Idris pada tahun 2015 di media sosial.
Menurut Nadia, trip ke Ladakh juga turut membawa beliau melihat secara dekat kehidupan nomad penduduk di sini seperti yang telah disiarkan dalam National Geographic.
Kami juga berkesempatan memberikan bantuan perubatan buat mereka. Dan impian ini semestinya destinasi terbaik saya pada tahun 2016 kerana perjalanan ini tidak akan jadi awesome tanpa member yang sama ‘gila’!
Impian beliau ingin travel solo dengan merentasi jalan darat dari Kuala Lumpur ke London termasuk menaiki keretapi Trans Siberia muncul pada tahun 2014. Namun disebabkan banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun tersebut, pemuda ini terpaksa menangguhkan perjalanan beliau.
Dan saya juga ada war-warkan kepada sahabat-sahabat tentang perancangan saya ini. Namun kerana pemikiran dan pemahanan yang berbeza, ramai yang mencaci dan mengeji keputusan saya ini. Tambahan lagi apabila saya terpaksa menangguhkan perjalanan yang asalnya dijadualkan pada Nov 2014.
Dan akhirnya impian ini dapat dilaksanakan pada bulan Jun 2016. Pengembaraan beliau kali ini juga berlangsung lebih lama daripada perancangan asal. Apatah lagi pemua ini juga turut bekerja ‘part time‘ di beberapa lokasi di sepanjang pengembaraan bagi menampung kos perjalanan.
Baca bagaimana Jeroong Wia berjaya survive sewaktu setahun mengembaradengan bermodalkan RM4K dan kerja-kerja sampingan yang beliau lakukan sewaktu di jalanan.
21. Amiruddin Mahian
Sudah lama pemuda ini ingin travel ke Eropah. Namun disebabkan masih belajar, impian itu perlu ditangguhkan kerana kekangan kewangan. Menurut pelajar bidang perubatan di salah sebuah universiti di Mesir ini, inilah yang telah dilakukan untuk tabung travel;
Setiap bulan saya dapat RM1000 untuk duit poket. Alhamdulillah, dengan duit tu, saya simpan dan kumpul RM700 setiap bulan selama 5 bulan untuk tampung perjalanan saya ke Eropah selama seminggu.
Pemergian beliau ke Eropah juga dilakukan selepas mendapat restu daripada ibubapa. Saya yakin trip solo pertama ini semestinya menjadi kenangan yang paling diingati oleh bakal doktor muda ini.
Bagaimana dengan impian travel saya pula?
Sejak tahun 2014 saya menyimpan impian untuk memandu di lereng bukit sambil menikmati view cantik di Daerah Laut Hitam (Black Sea Region) di Turki. Ini semua kerana satu artikel yang pernah dibaca di internet yang memaparkan pemandangan indah daerah ini.
Dan saya berjaya lakukannya di Trabzon pada akhir tahun lepas. Pada awalnya timbul juga perasan ‘kecut’ kerana saya belum pernah memandu kereta dengan gear kanan, apatah lagi di jalan yang curam. Dan pemandu di Turki pun agak gila. But I’m glad I did it.
Terima kasih kepada yang telah berkongsi pencapaian anda pada tahun lepas. Juga tahniah kepada anda yang telah berjaya menggapai apa yang diimpikan.
Di ketika melalui saat sukar, cabaran dan kesukaran, ingatlah kembali impian yang ingin anda capai. Ia boleh dijadikan motivasi di saat anda down. Impian juga boleh buat anda kembali bersemangat ketika menempuh hari-hari yang sukar.
Jika anda perhatikan tidak semua impian di atas kelihatan hebat atau extra ordinari. Ada yang biasa-biasa saja tapi bagi mereka itulah pencapaian yang mengembirakan.
Kita tidak perlu menjadi hero di mata orang lain, tapi jadilah hero yang berusaha untuk menggapai impian sendiri. Segalanya bermula dengan langkah pertama iaitu meletakkan satu impian.
Bagaimana pula bagi tahun ini? Tidak kira berapa besar atau betapa kecil impian anda, saya doakan ia berjaya dilaksanakan satu hari nanti.
loading...

0 Response to "Ingin menjadi traveler atau pon sekadar melancong?Jom jadikan cerita mereka sebagai inspirasi"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close