loading...
Tiga cedera terkandas di Gunung Baling







BALING 1 Jan. - Sekumpulan pendaki  terkandas di puncak Gunung Baling di sini apabila tiga daripada mereka dipercayai mengalami sesak nafas dan terseliuh kaki.
Mangsa, Wan Nor Aida Wan Azman, 21, dipercayai mengalami sesak nafas ketika hendak menuruni gunung itu setelah mendaki awal pagi tadi.
Sementara dua lagi mangsa, Nor Fatihah Mohd. Jamali, 22,  dan Izzei Norashikin Mohd Noor, 20, terseliuh kaki sewaktu menuruni gunung itu.
Pegawai Penguasa Bomba Daerah Baling, Mohd. Sufian Alias berkata, mereka menerima panggilan pada pukul 3.05 petang tadi dan memulakan operasi mencari dan menyelamat pada  3.15 petang.
"Laporan mendapati tiga pendaki itu tidak dapat meneruskan perjalanan mereka disebabkan masalah yang dihadapi.
"Seramai  23 anggota bomba dan penyelamat, termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Search and Rescue Kedah (Serked), sahabat bomba dan malim gunung digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat tersebut," kata Mohd. Sufian.
Katanya, mangsa yang terseliuh itu dibawa turun dan dihantar ke Hospital Daerah Baling (HDB) untuk rawatan lanjut.
"Mangsa yang sesak nafas itu agak sukar untuk dibawa turun kerana memerlukan pengusung untuk membawanya.
"Dalam keadaan jalan yang licin akibat hujan dan curam, Wan Nor Aida berjaya dibawa turun pada pukul 6 petang dan ambulans segera membawanya ke HDB untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," kata Mohd. Sufian.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan pendaki-pendaki gunung supaya tidak melakukan pendakian ketika hujan  kerana kawasan itu berisiko  bahaya dan boleh mengancam keselamatan. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tiga-cedera-terkandas-di-gunung-baling-1.426709#sthash.1ePvCqIC.dpuf
loading...

0 Response to " "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close