GEMPAR!!!(Video) Wanita selamat dari menjadi mangsa culik

loading...

(Video) Wanita selamat dari menjadi mangsa culik


SUNGAI BULOH, SELANGOR - Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam dari seorang lelaki yang didakwa cuba menculiknya, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang di Sungai Pelong itu, sumber berkata, mangsa diculik oleh seorang lelaki berpakaian hitam menggunakan sebuah van berwarna putih. Mangsa sempat menjerit meminta tolong sebelum dilarikan. 


Orang ramai yang menyedari kejadian itu, segera mengejar van tersebut dan cuba menghulurkan bantuan. 

Tidak beberapa lama kemudian, suspek mencampak mangsa keluar dari keretanya di hadapan sebuah premis sebelum memecut melarikan diri. 
Suspek ditahan orang awam selepas keretanya terbabas | Foto - Netizen
Kereta suspek terbabas | Foto - Netizen
Mangsa dicampak di tepi jalan selepas suspek menyedari dirinya dikejar orang awam | Foto - Netizen
"Suspek memandu dengan cara berbahaya sehingga melanggar beberapa pengguna jalan raya lain. Suspek kemudian terbabas, lalu ditangkap orang awam dan diserahkan kepada pihak polis

"Kenderaan milik suspek terbakar, namun berjaya dipadamkan oleh pihak bomba," katanya. 

Van milik suspek terbakar | Foto - Netizen
Sumber menafikan dakwaan segelintir netizen kononnya mangsa yang diculik itu adalah pelajar sekolah. - The Reporter
loading...

0 Response to "GEMPAR!!!(Video) Wanita selamat dari menjadi mangsa culik"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close