VIRAL..!! Foto Datuk Siti Nurhaliza Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Lariskan Produk Seks..

loading...
Umum mengetahui penyanyi Datuk Siti Nurhaliza masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga. Dikala ramai yang mendoakan agar Siti Nurhaliza berpeluang menjadi ibu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi berkenaan dengan menggunakan foto Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid untuk melariskan produk perangsang seks.
Menerusi portal Kosmo Online, iklan berkenaan disiarkan menerusi laman Instagram pengguna yang disertakan dengan pautan kepada satu artikel berkaitan masalah mati pucuk yang difitnah berlaku didalam rumah tangga Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.
Malah, pihak tidak bertanggungjawab itu juga memberitahu bahawa pasangan berkenaan turut menggunakan produk seks tersebut.
Siti Nurhaliza akui merasa terkejut dengan perkara berkenaan kerana foto beliau digunakan tanpa kebenaran demi mengaut keuntungan.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya.
Sekarang memang ramai manusia yang menggunakan nama selebriti dan mengambil kesempatan terhadap mereka demi melariskan sesuatu produk. Semoga Datuk Siti Nurhaliza dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Harapnya peniaga ubat berkenaan dapat dibawa ke muka keadilan.
loading...

0 Response to "VIRAL..!! Foto Datuk Siti Nurhaliza Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Lariskan Produk Seks.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close