VIRAL..!! LUAHAN SAYU ISTERI FAIZ SUBRI SELEPAS RAMAI MENGHINA SUAMINYA. Isteri Mana Sanggup Tengok Suami Difitnah pakai Salib ! . Nauzubillah.

loading...
GEORGETOWN: Isteri Mohd Faiz Subri, Norzawanis Hashim turut teruja selepas jaringan suaminya yang juga penyerang sensasi Pulau Pinang itu dipilih selaku tiga pencabar utama merebut Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. 

Ibu berusia 29 tahun itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas melihat insan kesayangannya itu kini berjaya mencuri perhatian dunia menerusi jaringan ajaib sepakan percuma yang setanding dengan jaringan legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos. "Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan pemilihan ini dan begitu bersyukur kerana pencalonan ini adalah kejayaan untuk dirinya sebagai seorang pemain bola sepak profesional. 

"Pencalonan sebagai tiga jaringan terbaik di dunia pun sudah cukup baik. Saya tidak akan putus mendoakan agar anugerah ini dapat menjadi miliknya nanti," katanya ketika ditemui, di sini, malam tadi. Katanya, kejayaan Mohd Faiz yang juga bapa kepada dua orang anak itu sedikit sebanyak membakar semangatnya untuk terus memberi sokongan kepada karier bola sepak suaminya itu. "Sejak dulu lagi saya sememangnya menyokong tidak berbelah bahagi kepada karier suami.

 Saya mengharapkan rakyat Malaysia akan terus mengundi Mohd Faiz supaya kita dapat mencipta sejarah baharu bola sepak negara ini," katanya. Dua lagi pencabar Mohd Faiz adalah jaringan akrobatik pemain Brazil, Marlone serta pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
loading...

0 Response to "VIRAL..!! LUAHAN SAYU ISTERI FAIZ SUBRI SELEPAS RAMAI MENGHINA SUAMINYA. Isteri Mana Sanggup Tengok Suami Difitnah pakai Salib ! . Nauzubillah."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close