loading...
“Aku memang tak nak buat pembiayaan dengan bank untuk beli rumah. Nanti sampai mati aku kena bayar tiap bulan kat dorang. Bestlah bank makan untung atas angin. Ambil kesempatan kat orang yang tak mampu macam aku ni.”
“Eh! Ada pula fikir macam tu. Pada aku, biarlah kena bayar kat bank sampai mati pun. Kalau aku mati, waris aku dapat rumah FREE, takaful selesaikan baki hutang. Itu lebih baik daripada nak beli rumah tunai, tapi sampai mati tak beli-beli rumah.”
Beli Rumah Secara Tunai (2021)
Faisal seorang anak muda dan dia ada simpanan RM30,000 setelah gigih simpan RM1,250 secara konsisten setiap bulan selama 2 tahun.
Sekarang, dia bekerja dengan gaji RM3,000 di Kuala Lumpur. Faisal nak beli rumah secara tunai.
Dia sangatlah anti dengan Perbankan Islam. Back door riba’ katanya. Dah tentu menyimpan duit guna medium pembiayaan ASB tidak menjadi pilihannya. Nak berniaga, tidak pandai pula.
Jadi, dia terus simpan RM1,250 secara tradisonal selama 5 tahun menjadikan simpanan terkumpul sebanyak RM105,000 pada tahun tersebut 2021.
RM1,250 x 60 = RM75,000
RM75,000 + RM30,000 = RM105,000
Pada tahun 2016 ni, dengan RM105,000 boleh lagi dapat flat kos rendah. Lagi 5 tahun (2021), saya tak pasti rumah bagaimana pula yang boleh dapat dengan harga tu.
Tahniah Faisal kerana berjaya memiliki rumah berharga RM105,000 secara bayaran tunai setelah menyimpan duit selama 7 tahun.
Beli Rumah Dengan Pembiayaan Bank (2016)
Harith adalah kawan satu pejabat dengan Faisal. Harith bergaji RM3,000. Dia pun ada simpanan RM30,000 sebab dia simpan RM1,250 sebulan selama 2 tahun sama macam Faisal.
Harith pergi ke seminar hartanah dan ikut Facebook pakar hartanah di Facebook. Ramai suruh beli rumah guna pembiayaan bank.
Konsep LEVERAGE dan OTHER PEOPLE MONEY (OPM) digunapakai. Sebab Harith nak beli rumah, jadi Harith akan ikut kata pakar hartanah dan bukannya pakar fesyen pakaian muslimah.
Dengan keupayaan kewangan Harith termasuklah tunai RM30,000 tu, dia mampu beli apartmen medium cost yang berharga RM200,000.
Dengan bayaran balik sebanyak RM1,000 sebulan pastinya tidak membebankan Harith sebab sebelum ini pun, dia dah biasa simpan RM1,250 setiap bulan, kan.
Katakanlah kenaikan harga apartmen tu adalah 5% setahun. Jadi, selepas 5 tahun, apartmennya bernilai RM255,000 mengikut harga semasa. Atas kertas, dia dah untung sebanyak RM55,000.
RM255,000 – RM200,000 = RM55,000
Rupa-rupanya apartmen tu, dia sewakan. Bayaran bulanan pada bank, penyewa yang bayarkan. Jadi dia tetap mampu menyimpan RM1,250 setiap bulan macan biasa.
Dengan simpanan tu, dia akan dapat kumpulkan RM30,000 setiap 2 tahun. Sebenarnya dia mampu beli 2 buah lagi apartmen berharga RM200,000 sebelum 2021 iaitu pada tahun 2018 dan 2020.
Hasilnya, dia mampu memiliki 3 buah apartmen dalam masa kurang 5 tahun daripada sekarang. Dengan syarat, kesemua apartmennya disewakanlah.
Berapa keuntungan atas kertas berdasarkan kenaikan harga ketiga-tiga apartmen tu pada tahun 2021? Kiralah sendiri.
Yang saya tunjukkan adalah cara paling sempoi dan steady yang Harith boleh buat. Kalau ada ilmu lebih lagi, nak beli 3 hartanah dalam masa setahun pun boleh.
Dan saja nak tegaskan, Perbankan Islamik bukan pengamal riba’. Jangan jadi pemfitnah.
Harap maklum.
Kesimpulan
Kisah ini bukan kisah benar.
Ini adalah kiraan kasar saja. Tak aambil kira kenaikan gaji Harith dan Faisal dan juga kenaikan kos sara hidup semasa yang juga semakin meningkat.
Buatlah keputusan sama ada nak tukarkan duit anda kepada batu bata (hartanah) atau masih nak terus degil menyimpan secara tradisional.
Elakkan menyimpan duit secara tradisional. Memang sangat kurang risiko, tapi sangat lambat capai matlamat dan semestinya duit tu dimamah inflasi.
Andai pandai berniaga, berniagalah betul-betul supaya lebih cepat mengumpul tunai.
Jadi, korang pilih nak ikut FAISAL atau HARITH? Jika sokong FAISAL, jerit FAISAL! Jika sokong HARITH, jerit HARITH!!
SHARE terus tanpa was-was.
loading...
0 Response to "Nak Memiliki Rumah? Mai baca dulu tips dari pakar hartanah ini"
Post a Comment