10 Kesilapan ‘First Time Traveller’ Selalu Buat Ini Dahulu, Supaya Anda Tidak Ulangi Kesilapan Yang Sama..Yg No 1 Tu Admin Selalu Buat..

loading...

Semua orang ingin diberi peluang untuk pergi melancong atu mengembara, tidak kiralah bersama keluarga, teman rapat, mahu pun secara bersendirian. Jika dapat menjejakkan kaki ke tempat bersejarah, ia lebih bermakna, dan menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Semua orang juga akan berhadapan dengan situasi pertama kali melakukan sesuatu, dan ia tidak terkecuali juga buat mereka yang pergi mengembara, juga melancong. Mungkin mereka akan membuat persediaan dengan bertanya kepada yang mempunyai pengalaman, atau melihat mana-mana perkongsian di media social.

Namun, alang-alang dalam mencari maklumat itu, admin ingin kongsikan juga, beberapa kesilapan yangs erring dilakukan oleh mereka yang pertama kali mengembara ini, yang telah dikongsikan oleh saudari Alisa Omar ini.

Mari kita ikuti perkongsiannya.


Kesilapan Yang First Time Traveler Selalu Buat

Mase aku mula-mula travel dulu, aku banyak self taught dan cara macam ni hampir-hampir buat aku tersadai kat Vung Tau, Vietnam. Time tu aku tak dak circle of friends yang kaki travel, dan aku dah cuba asked around di Facebook dulu, tapi masih xdak jawapan yang tepat. Blog social media on travel pon tak de lagi time tu.

Jadi hari ini, aku nak kongsi dengan kawan-kawan kesilapan yang aku buat masa aku mula-mula travel dulu dan juga beberapa kesilapan yang aku dapat sumber dari kawan-kawan juga.

1. Overpacking

Bila baru nak mula travel, memang susah nak agak barang apa yang kena bawak. Cukup ke tak, tu antara yang menjadi persoalan. Persiapan barang kita mungkin tak sama dengan orang lain. Aku teringat lagi aku dok hangkut dua bag besar, satu backpack, satu lagi beg tarik penuh dengan makanan. Nasib baik ade abang French ensem tolong angkat time tu 

BACA: Tip Bagaimana Untuk Meminimumkan Penggunaan Beg Pakaian Sewaktu Bercuti

2. Tak Buat Travel Homework

Aku belajar tentang travel secara hard way, belajar dari kesilapan diri sendiri. Tapi sekarang,petik pakcik Google je, macam-macam boleh kita rujuk untuk cari information tentang destinasi yang kita nak tuju. Antaranya, barang apa yang tak leh bawak masuk (cth: Australia tak benar kan bawak masuk buah-buahan), tourist scam apa yang kita kena berjaga-jaga, estimated price untuk pengangkutan awam dan sebagainya.

3. Tak Aktifkan Debit Kad Untuk Pengeluaran Antarabangsa

Antara kesilapan yang aku buat dan hampir buat aku tersadai kat Vung Tau. Nasib baik ade member kaver. Sebab aku tak aktifkan kad debit aku dulu? Sebab aku agak cash in hand yang aku bawak cukup, jadi aku tak perlu nak buat pengeluaran tambahan. Nasib baik xdak jadi apa-apa yang serius. Kalau tak, nak korek duit kat mana pon aku tak tau.

4. Beli Souvenirs Untuk Semua Orang

Ramai sangat kirim souvenirs ngan aku bila aku mula-mula travel dulu. Tapi ramai jugak kirim dengan air liur ja. Aku yang fikirkan nak maintain hubungan yang baik sesama manusia, pon beli la souvenirs untuk semua orang. Tu yang sampai tersadai kat Vung Tau sebab duit dah tak dak nak balik hotel. Dan yang bukak mata aku, bila ada member yang abehkan 2k untuk souvenirs sahaja, sebab ramai kirim specific souvenirs seperti Hard Rock collectibles atau limited edition Michael Kors tanpa kiriman duit.

BACA: Tiada Idea Untuk Membeli Cenderamata Buat Keluarga Atau Sahabat Ketika Melancong, 5 Tip Mudah Ini Boleh Membantu Anda


5. Tak Ambil Travel Insurance

Aku bukan insurance agent tapi ade beberapa insiden yang kalau aku atau member travel yang lain tak amek travel insurance, memang kteorang akan rugi banyak sebab tak dapat balik pampasan. Bag pecah, beg rosak, beg hilang adalah antara sisi gelap dunia travel yang aku berdoa sangat korang tak akan alami. Sebab pengalaman menghadapi situation ni, boleh buat orang tu jadi gila dan panik tak tentu arah. Terima kasih pada travel insurance, barang-barang asas yang aku terpaksa beli bila beg hilang di Santorini, dapat pampasan balik.

6. Terpedaya Dengan Provoke Acah-Acah Backpacker

Bila da stat travel ni, akan ada hamba-hamba Allah yang kaki provoke seperti..

"bila lagi nak jejak Europe? Bukan backpacker la kalau belum sampai Amsterdam lagi.. "

" pe barang pegi Phuket je, tour satu Thailand baru betul backpacker sebenar.. "

Tu belum cerita pasal brand backpack/action camera lagi. Masuk bab ni, kena kuat kan semangat, ukur baju di badan sendiri. Dulu masa GoPro baru keluar, memang mahal dan aku hampir-hampir nak swipe debit kad, especially ada makhluk yang cuba racun. Biar papa asal bergaya katanya. Tapi melihat pada keadaan diri yang travel pon dekat-dekat je, tak ade special mana, aku tahan.

7. Serah Semua Pada Travel Agent

Dulu-dulu, aku rajin gak usya travel pakej Groupon dan hotel travel booklet sebab aku rasa kan diorg lebih tau asal usul tempat yang aku nak pegi. Bayar je, diorg uruskan semua. Mudah bukan? Sampai la aku buat budget sendiri dan buat aku sedar yang bukan saja travel agent cas lebih mahal dari harga biasa, tapi diorg dapat komisen dari lokasi yang diorg bawak kita. Jadi sebenarnya, kita sebagai pelancong dimanipulasi untuk keuntungan pihak lain, dan banyak lokasi yang lebih baik tak di promote sebab agent xdapat komisen.

8. Panik Bila Travel Plan Tak Sama Dengan Yang Dirancang

Sebolehnya, memang best dan tak sakitkan kepala kalau semua yang dirancang tu menjadi. Tapi kita lupa, manusia tak boleh lari dari buat kesilapan. Kadang-kadang, flight delayed, banjir, train rosak, booking sistem hotel ada glitch dan hotel booking kita xdak dalam sistem, macam-macam la isu yang boleh kacau flow travel kita. Aku sarankan jangan panik dan be flexible dengan pilihan alternative.

BACA: Tip Untuk Memastikan Waktu Travel Anda Digunakan Secara Optimum, Dan Maksimumkan Tempat Yang Dilawati

9. Salah Pilih Travel Buddies

Dulu memang aku memang excited kalau dapat group rakan-rakan yang boleh travel sekali. Da lama-lama tu, macam kerenah aku jumpa sampai aku selesa travel solo atau at most, berdua je. Ada yang buat travel buddies mcm diorg nye secretary, semua benda nak kena ingatkan, termasuklah bawak ubat gigi (true story). Ada plak travel buddy yang kena jadi "receptionist", jawab phone call parents untuk travel buddy yang lain sebab budak tu travel sampai tak ingat mak abah (true story gak).

10. Tak Aktifkan Roaming/Tak Beli Local Sim Kad

Dulu memang aku tak consider pon nak buat Roaming, mahai kot. Dan untuk trip 4-5 hari, okay kot maintain number sendiri, tak payah beli local sim Kad. Tapi bila aku da travel merata, tiada apa yang lebih bahagia bila dapat dengar suara mak abah dalam telefon, bila kita di perantauan. Hati mak abah pon senang bila dengar kita selamat di sana. Travel la jauh mana pon, mak abah jangan kita lupa.
loading...

0 Response to "10 Kesilapan ‘First Time Traveller’ Selalu Buat Ini Dahulu, Supaya Anda Tidak Ulangi Kesilapan Yang Sama..Yg No 1 Tu Admin Selalu Buat.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close