Jin, seperti juga manusia, boleh menghamilkan seseorang wanita yang disetubuhinya dan seterusnya melahirkan... Cik mengandungkan anak hantu raya... TERDUDUK Wanita bertudung berusia 30-an ini bila doktor pakar cakap macam tu setelah selesai pemeriksaan...Ya Allah! Terasa bagai dunia nak gelap rasanya.

loading...
"Cik Mengandungkan Anak Hantu Raya..." - TERDUDUK Wanita Ini Bila Doktor Cakap Macam Tu Setelah Selesai Pemeriksaan...Ya Allah! Terasa Bertapa Gelapnya Dunia Ini.

Jin, seperti juga manusia, boleh menghamilkan seseorang wanita yang disetubuhinya dan seterusnya melahirkan anak kacukan jin-manusia.

Ini dinyatakan oleh Prof Madya Dr Haji Jahid Haji Sidek, bekas pensyarah di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Bahagian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang kini merupakan pengamal perubatan Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kisah utama yang dipaparkan dalam VARIASI keluaran ini di mana seorang wanita mengesyaki dirinya pernah disetubuhi oleh hantu raya belaan suaminya. Malah wanita iru bimbang kalau-kalau ada antara anak-anaknya adalah hasil hubungannya dengan hantu raya tersebut.


"Ya, seseorang wanita boleh melahirkan anak jin jika dia telah berjimak dengan jin itu. Selalunya perkara ini terjadi pada para isteri yang suami mereka ada menyimpan belaan seperti hantu raya. Dalam hal ini, jin pun ada nafsu batin juga. Dia akan mendatangi isteri tuannya tadi dengan menyerupai tuannya lalu melakukan jimak.

"Ramai isteri yang tertipu kerana jin itu menyerupai suami mereka. Cara mereka berjimakpun sama seperti kita, manusia. Dan benih jin yang masuk ke dalam rahim isteri tuannya tadi juga boleh mengandungkan si isteri tadi/' jelas Ustaz Jahid.

Kata Ustaz Jahid lagi, bayi campuran manusia dan jin iru tetap dilahirkan normal seperti bayi manusia yang lain.

"Zuriat begini walaupun ada darah jin tapi bila lahir ke dunia, dia akan jadi manusia biasa seperti kita. Dan golongan ini jika kita buat ujian DN A, ianya tidak akan sama dengan ibu bapanva kerana dia adalah campuran jin. Cuma, setakat ini rasanya perkara ini belum pernah dibuat' terang Ustaz Jahid.

Bagaimanapun menurut Ustaz Jahid, secara zahir memang sukar untuk kita menuduh seseorang itu sebagai anak jin walaupun ibunya pernah mengadakan hubungan kelamin dengan makhluk jin.

"Seperti juga manusia., tentu sukar untuk kita meneka adakah anak yang dilahirkan anak kandung si suami atau tidak walaupun terbukti isterinya pernah melakukan zina dengan lelaki lain. Kecuali jika dibuktikan melalui ujian DNA.

"Begitu juga dengan jin. Walaupun terbukti si isteri pernah disetubuhi oleh jin tapi sukar untuk kita menyatakan anak yang dilahirkan-nya adalah anak jin kerana dia juga melakukan jimak dengan suami-nya."

Ciri-ciri untuk mengenal pasti anak itu keturunan jin, Ustaz jahid menjelaskan
"Kehidupannya seperti manusia. Cuma kita boleh nilai perangainya. Kalau anak hantu raya, sudah tentu-lah perangainya juga macam hantu rava. Pun begitu, memang terlalu sukar untuk kita mengenal pasti. Kalau kita lihat keadaan sekarang, anak manusiapun berperangai macam jin," kata Ustaz Jahid.

Menurut Ustaz jahid, seorang rakannya pernah menceritakan kisah sepasang remaja yang tidak dapat berkahwin walaupun berlainan keluarga.

"Keluarga pasangan ini berkawan baik. Jadi, bila anak-anak mereka dan besar, mereka ingin mengahwinkan anak mereka. Pasangan itu juga menyukai antara satu sama lain. Maklumlah, dah berkawan sejak kecil. Akhirnva mereka ditunangkan. "Dalam waktu menunggu masa tarikh perkahwinan mereka, ada bapa jin datang bertemu mereka berdua dan mengatakan mereka tak boleh berkahwin. Jin itu menerangkan dia adalah bapa sebenar kepada pasangan itu, bermakna pasangan itu adalah adik-beradik kerana mempunyai avah yang sama daripad a golongan jin.

"Akhirnya, pasangan itu mengambil keputusan tidak jadi melangsungkan perkahwinan mereka dan memberitahu kepada kedua keluarga tentang hal itu. Mereka tak sangka ayah mereka dari kaJangan jin. Rupanya, bapa jin itu dulu ber-jimak dengan kedua-dua ibu pasangan tersebut.

"Bagaimana bapa jin itu datang menemui anaknya tidak dapat saya pastikan kerana cerita ini diceritakan oleh seorang kenalan saya," cerita Ustaz Jahid.

Tambahnya lagi, mungkin jin yang seperti diceritakan dalam kes pasangan tersebut adalah jin Islam. Kerana itu dia melarang anak-anak-nya itu berkahwin kerana mereka adalah adik-beradik.

"Sama juga macam manusia. Memang tidak boleh dan tidak berlaku dalam masya-rakat kita adik-beradik berkahwin sesama sendiri. "Isteri yang tahu suaminya ada membela sesuatu sebaiknya cuba menasihatkan suami supaya meninggalkan amalan tersebut. Kerana dalam hal ini, isteri menjadi mangsa nafsu peliharaan suaminya itu.

"Walaupun peliharaan itu datang menyerupai si suami, selalunya isteri pasti dapat mengesan perubahan pada sikap suaminya itu. Jika isteri dah rasa was-was atau tidak yakin itu suaminya, jangan layan ketika berada di ranjang. Berdosa seseorang isteri melayan orang yang diraguinya bukan suaminya tetapi menyerupai suaminya kerana itu adalah permainan jin' nasihat Ustaz Jahid.

TANDA WANITA DIROGOL JIN
Dapat di kesan Tanda2 peringkat awal :

1) Tidur dihimpit lembaga
2) Terasa seperti ada sesuatu baring atau tidor disebelah
3) atau ternampak kelibat lembaga.
MAkhluk jin ini sentiasa memerhatikan mangsanya tidur seperti :
1) Suka tidur keadaan sexy
2) Suka tidor terkangkang
3) Tidor seorang diri atau
4) Tidor tapak tangan tebuka
5) Tidor Suka telentang.
Oleh sebab itu Nabi SAW "melarang wanita tidur telentang dan lelaki tidor meniarap" ,Sunnah NabiSAW sendiri mengajar agar kita tidor secara mengiring dengan mengepit kaki.

BAGAIMANA MENGESANNYA:

1) BAngun tidUr badan rasa letih2
2) Ada kesan lebam di peha atai celah peha
3) Mendengar sesorang main Guli @
4) Mendengar sesorang berbisik di telinga
5) antara lain di kaki ada seperti corak batik
Biasanya perkara ini berlaku pada peringkat 26-30 tahun , terjadi kpd wanita yg berkerja. dan malas untuk memikirkan soal kahwin.

PERINGKAT AKHIR:
Apabila berlaku kes rogol begini, wanita akan membiarkan karenah ini kerana merasakan tidak mampu melaawan lagi kerana sudah terlalu lama dan akhirnya mereka biarkan sahaja. Pengalaman ini akan menjadi wanita merasai

1) Khayal dan lazat
2) Tidak bercumbuan dan bersetubuh
3) Tidak merasakan mahu berkahwin
4) Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak
5) ada kes tertentu wanita merasakan mengandung dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan babi @ dipanggil SAKA yg diturunkan dari anak Jin itu.
6) Ada juga kes anak yang ndikandung itu hilang bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. Menurut Dr Haron Din antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dr benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya.

Tanda tanda wanita mengandung anak jin.

1.Emosi tidak stabil
2.Panas baran
3.Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4.Sering bermimpi berjimak
5.tidak memikirkan tentang jodoh
6.perut buncit seperti halnya orang mengandung(apabila cukup bulan isi kandungan hilang)

Jika anda, anak anda atau Isteri anda mengalami masalah seperti yang saya sebutkan di atas, berSEGERAlah menemui Perawat Islam bagi Menangani masalah itu denga segera.
Sumber: kehidupankini88

loading...

0 Response to "Jin, seperti juga manusia, boleh menghamilkan seseorang wanita yang disetubuhinya dan seterusnya melahirkan... Cik mengandungkan anak hantu raya... TERDUDUK Wanita bertudung berusia 30-an ini bila doktor pakar cakap macam tu setelah selesai pemeriksaan...Ya Allah! Terasa bagai dunia nak gelap rasanya."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close