PTD (Kedutaan Malaysia di Filipina) hina kematian Adenan Satem digantung tugas & diarahkan pulang Kerana komen menghina kematian bekas KM Sarawak, seorang PTD bakal dikenakan tindakan tatatertib. Kesian anak bini menanggung malu. Semoga menjadi peringatan kepada penjawat awam semua.

loading...

KUALA LUMPUR - Padah menghina kematian bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina digantung tugas dan diarahkan pulang, lapor Berita Harian

Pegawai berkenaan digantung tugas serta merta dan diarahkan pulang ke tanah air Isnin ini untuk siasatan lanjut berhubung kenyataannya itu yang dimuat naik di laman Facebook Wa Sengat Lu, malam kelmarin. 
"Tindakan tatatertib belum boleh diambil terhadap pegawai berkenaan sehingga siasatan dan punca dia berbuat demikian diketahui. 

"Ada dua faktor yang perlu dikenal pasti iaitu sama ada pegawai berkenaan yang mengeluarkan kenyataan itu atau kemungkinan Facebook milik beliau digodam pihak tidak bertanggungjawab," kata sumber, memetik dari laporan Berita Harian. 

Isteri dan anak kepada pegawai berkenaan dijangka pulang ke tanah air Ahad ini, sehari sebelum pegawai terbabit. 

Kementerian Luar dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes berkenaan selepas siasatan dilakukan. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitternya. - The Reporter
loading...

0 Response to "PTD (Kedutaan Malaysia di Filipina) hina kematian Adenan Satem digantung tugas & diarahkan pulang Kerana komen menghina kematian bekas KM Sarawak, seorang PTD bakal dikenakan tindakan tatatertib. Kesian anak bini menanggung malu. Semoga menjadi peringatan kepada penjawat awam semua."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close