Biskut Iced Gem tidak halal? Ini jawapan dari JAKIM

loading...

Biskut Iced Gem tidak halal? Ini jawapan dari JAKIM


PUTRAJAYA - Seorang individu bernama Lim Popo mendedahkan bahawa biskut (gambar)  tidak halal kerana dibuat dari unsur-unsur yang tidak halal. 

Bagaimanapun, Bahagian Hab Halal JAKIM hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu setelah ia tersebar meluas di media sosial. 
"Berdasarkan semakan pihak kami, biskut jenis ini didaftarkan dengan nama Iced Gem dan dikilangkan/dikeluarkan oleh beberapa syarikat yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

"Kebanyakan pemborong akan menjualnya kembali dalam bentuk timbang/sukat dan paket-paket yang kecil (pembungkusan semula) dan ada di antaranya yang belum memohon pensijilan halal.

"Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM," kata kenyataan itu, hari ini. - The Reporter
loading...

0 Response to "Biskut Iced Gem tidak halal? Ini jawapan dari JAKIM"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close